Monday, July 12, 2010

Garang ke lembut ?

Bila kita sudah menjadi ibu dan bila anak kita lebih dari seorang, secara automatik sifat kita akan bertukar. Kalau dulu tak pandai nak marah, sekarang sangat2 mudah menjadi pemarah. Bila dulu tak pandai nak membebel, sekarang sudah panjang bebelan. Bila dulu kita seorang pendiam, sekarang mulut ni tak henti2 bercakap dan bising pada anak2. Bila dulu kita pemalas, sekarang kena rajin demi anak2 dan keluarga. Dulu kita seorang yang lemah, tapi sekarang kita menjadi kuat demi anak2. Macam2 lagi sifat sama ada positif atau negatif akan kita peroleh apabila kita sudah menjadi ibu.

Wah...perbincangan serius kali ini umisofie ni yer. Bukanlah apa sangat pun. Saya menulis atas diri sendiri. Saya cuba muhasabah diri, sifat mahmudah dan mazmumah dalam diri saya. Kekalkan mahmudah, singkirkan mazmumah. Boleh ke? Kadangkala hati diselubungi nafsu amarah, selalu tewas dengan kata hati tanpa menggunakan akal. 

Bila kita marah pada anak2, selalunya penyesalan menguasai diri bila menatap wajah mereka ketika mereka sedang tidur. Begitulah saya. Maklum saja, anak2 meningkat usia, punya tabiat yang pelbagai. Yang sulong dengan perangai tersendiri, yang kedua juga begitu. Belum lagi anak ketiga dan ke empat. Semuanya menguji kesabaran saya. 

Adakalanya, saya terpaksa memberi mereka pilihan. Sama ada mahukan umi mereka ini garang atau lemah lembut. Permulaan bicara saya dengan anak2, nada yang amat2 lembut, sesuai dengan watak keibuan. Namun, ada kalanya, apabila anak jadi tak mahu mendengar kata. Watak lembut bertukar menjadi seperti singa betina. Garang bukan main, mengalahkan singa betina pun yer. Saya selalu berkata, "Ini pilihan anak2 umi. Anak2 umi yang mahukan umi seperti ini. Jadi, umi akan jadi macam yang anak umi mahukan." 

Kadangkala saya cuba mengungut, "Iwan dan Amniy nak umi jadi garang ke jadi lembut? Kalau nak umi jadi garang, ok...teruskan perangai macam tu. Kalau nak umi jadi lembut, sila dengar kata umi dan abi. Pilihan di tangan korang." Huh...! Masa tu, masing2 akan berkata, "nak umi yang lembut." Dan baru laaa nak dengar kata. Perlu ke saya terus menerus mengugut mereka? Perlu ke saya menjadi garang bila mereka bersikap negatif? Selalunya, bila selesai marahkan anak, penyesalan datang dalam diri. Istighfar..... ingatkan Allah. 

Perkara2 yang sering anak2 saya lakukan, yang menyebabkan sifat garang saya timbul:

  • Bila suruh mandi, tak nak mandi. buat noheeeeee jeeeee.... mula2, arahan lembut timbul. Bila dah buat noheeee, mana ada lagi sifat lembut dalam diri umi mereka ni.
  • Bila dah mandi, tak reti2 nak keluar bilik air cepat2. Sudahnya, habis satu bilik air penuh dengan buih2 sabun, sebab mereka berdua bermain sabun. Umi marah lagi....
  • Bila suruh mengaji, ada saja alasannya. Tapi, bila mengadap komputer atau bermain di luar rumah, sepanjang hari pun tak mengapa. Sanggup duduk dan main 24 jam..... Umi mereka akan bising lagi...dan makin panjang la bebelan!
  • Bila dah main permainan dan memunggahkan permainan dari bakul, tak reti nak mengemas semula. Walaupun sudah diajar, kdg kala mereka menjadi malas..... maka, akan keluarlah kegarangan umi mereka ini.
  • Ni paling hot.... paling pantang saya dengar. Bila saya tegah melakukan sesuatu, ada saja jawapan mereka, dan selalu cakap, "dosa ke?". Huh! Melawan cakap umi lagi berdosa tau..... Contoh: Saya melarang mereka bermain di luar rumah di waktu tengahari. Kadangkala mereka berdua nak juga keluar bermain. Dan waktu ni akan keluarlah perkataan tu, "dosa ke kita nak main kat luar..." Budak usia 4 tahun....reti ke dosa tu apa. Kadang tu nak gelak pun ada..... Kadang2 rasa comel je dengar si kecil merungut. Kadang2 hot temper saya pun keluar jugak.
Inilah perangai anak2 saya sekarang. Mungkin perubahan usia, persekitaran kawan2 menyebabkan anak kita berubah sikap. Belum terlambat untuk kita membimbing mereka. Bimbingan ibu bapa di rumah amat2 penting dalam membentuk generasi berakhlak mulia. Saya menulis ini untuk peringatan diri saya sendiri, dan semoga  kita boleh berkongsi tip2 mendidik anak berakhlak mulia.

Tapi, saya selalu berpegang kepada satu je, walau senakal mana pun anak2 kita, walau segeram mana pun kita pada mereka, walau semarah mana pun kita pada dia, saya sering ingat kembali kebaikan mereka. Masa mereka rajin menolong kita, masa mereka rajin mengaji, masa mereka melakukan kebaikan....tersenyum sendiri. Belum terlambat kita mahu mendidik mereka menjadi insan soleh dan solehah....mereka masih di usia muda. Hati masih terang menerima nasihat dan didikan ibu bapa. Masa mereka melakukan perkara2 baik, perbuatan2 baik, pujilah mereka. Ucaplah terima kasih atas kebaikan mereka. Peluklah mereka. Sentuhan kita adalah sentuhan ajaib yang mampu mengubah mereka menjadi insan bertaqwa, insya-Allah.

Wallahu a`lam......


Ayat untuk melembutkan hati anak2, semoga menjadi anak2 yang mendengar kata.
Insya-Allah!

12 comments:

  1. huwaaaaa.........izwa pun jadi mcm nih!biler syahmi dh tido mula la izwa plak yg nangis...

    sedih la....:(

    ReplyDelete
  2. wah..me amek print ayat tuh kakk.....mmg betol ape yg kakak tulis tuh...adenyer anak ini..sayep manjadi semakin garang..:(

    ReplyDelete
  3. sama la saya pun fiza. Masa anak sorang tu ok la lagi. Tapi bila dah masuk anak ke2 & ke3 dan masing2 dah besar dgn perangai yg mcm2 tu....eee...betul2 menguji kesabaran.

    ReplyDelete
  4. suka entry ni k.fiza..
    kdg sy pun rasa bersalah,nape lah sy ni cepat nak marah je jadi ibu ni.
    kdg tu sedey,napa lah sy garang dan kurang sabo,tak lembut cam ibu2 lain.

    tp,btul la kata k.fiza,apepun berlaku,bila kita hepi bersama anak2,time ni la,peluk,cium mesra sy lakukan.kita marah pun kerana kasihkan mereka kan.
    ishh..sy ni ckp cam da ader anak-anak ramai je.hehehe.
    tp,suka la ulasan k.fiza ni.

    ReplyDelete
  5. fiza,

    suka juga entry ni..
    ayu sememangnya garang..
    sejak tak de anak pun mmg garang (korang percayakah??hehe)

    tp, tengok tempat juga la kan..
    mcm hariz ni, bila makin nak membesar mcm2 perangainya..
    antara ayu n suami, kitaorg mengamalkan kalau sorg marah anak, sorg lg mesti kena pujuk anak2..so, tak de la diaorg rasa down ke apa ke kan..sian juga dgn diaorg..

    ReplyDelete
  6. nida anak yg baru setahun ni pun kdg2 menguji kesabaran..bila dah marah2, bila anak tgh tidur rasa sedih je..Masa humaira tgh bf time nk tidur, mmg nida selalu bisikkan kata nasihat, bercakap dgn dia dan minta maaf kalau mummy terkasar..

    kena byk belajar lagi...

    ReplyDelete
  7. nabila yg cakap bahasa jerman ni pun pandai melawan tau fiza..kita marah dia..dia marah balik.gaya dia marah tu yg saya suka sgt..

    ReplyDelete
  8. sama lah... memang garang gila juga saya ni.. rasanya, lagi garang dari suami kut... huhu...

    ReplyDelete
  9. lady rasa lady tak garang sangat hehehe

    ReplyDelete
  10. izwa,
    bila dah jd ibu, begitulah kita,kan. tak pe...jgn sedih2. semua utk kebaikan si anak.

    **************************************************************************
    cik puan akish,
    ambil la..print out, pastu tepek kat dinding. boleh amalkan. kita share je ni...hehe

    ***********************************************************************
    kak mahani,
    betul tu kak. perangai dorg tu la menyebabkan kesabaran kita teruji. kalau ikut kata hati, mmg kesian jugak anak2 kena marah. istighfar selalu...

    **************************************************************************
    ashra,
    terima kasih sebab suka dgn entry ni. :-)
    kita kongsi cerita, kongsi sikit ilmu yer...

    **************************************************************************
    ayu,
    terima kasih ayu.
    ayu garang ke? hehe...boleh percaya ke ni?

    **************************************************************************
    nieda,
    bagus tu nieda, kalau masih bfkan anak, ada baiknya kita bercakap dgn anak tu. saya pun buat mcm tu jugak masa bf anak. skrg pun buat juga utk hijaz. bagi nasihat, beritahu kenapa umi marah, bacakan surah2 pendek....mudah2an meresap dlm hati anak,kan?

    **************************************************************************
    kak ieda,
    hehehe....mesti lucu,kan? sama mcm sofie la tu. bila kena marah dia tak melawan la...tapi dia suka sengeh macam kerang busuk. kalau tau umi marah, sofie juga cepat amik hati. nangis...huhu...

    ****************************************************************************
    sya,
    garang giler ker? hahaha....patut pun darwisy takut ngn mama. kihkihkih.

    *****************************************************************************
    lady,
    bestnye jadi anak lady. mummy tak garang. mesti arri n molly jarang kena marah. :-)

    ReplyDelete
  11. ye la k.fiza..atun pun kdg2 hilang sabar gak ngan una ni..kalau lps marah,mesti menyesal balik..xtahu dh mcmana cara yg sempurna nak didik bdk2 ni..

    ReplyDelete
  12. samalah dengan akak pun , fiza jelita. Rasa sedih sangat selepas marah anak - anak...
    melurjelita.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....