Thursday, July 15, 2010

Wajah mereka serupa



Assalamualaikum....
Saya baru terima email dari SIL saya. Dia send email gambar2 kenangan keluarga saya yang ada dalam simpanan dia. Terima kasih, tika!

Sebenarnya, gambar2 ini tiada dalam simpanan saya. Sebab banyak gambar telah terhapus ekoran kerosakan PC saya dulu. Sayang sekali,kan? Sebelah kiri ni gambar anak nombor 2 saya, Amniy Mahfuz bersama saya. Raya tahun 2006. Masa ni umur dia lebih kurang 9 atau 10 bulan. Kenapa dengan gambar ini? Nanti saya beritahu.....


Gambar di sebelah kanan ini juga gambar Amniy juga. Pada umur yang sama dan tahun yang sama, dia bersama datuk saudaranya, Atuk Tain. Saya dan suami sangat2 gembira, dan saya mengalirkan air mata apabila melihat gambar2 tersebut.

Saya sendiri tak tahu kenapa saya boleh mengalirkan air mata. Selepas melahirkan Sofie dan Hijaz, saya tidak pernah lagi melihat gambar ini. Dan hari ini, setelah mendapat email tersebut baru saya berkesempatan menyaksikannya kembali.


Kenapa ye gambar2 yang saya paparkan di atas ada nilai tersendiri? Kenapa saya begitu terharu melihatnya? Semuanya kerana ini.......

Kerana wajah mereka sama..... Wajah Hijaz sangat2 serupa dengan wajah Amniy. Lihat saja gambar ini. Hijaz memakai baju yang Amniy pakai pada gambar pertama.. Lihatlah.... sungguh! Saya sangat2 terharu. Dua anak lelaki saya ini saling tak tumpah. Sangat2 serupa.......

Bagai mana agaknya bila Hijaz dah besar nanti? Sekarang Hijaz berusia 9 bulan. Saya pun tak dapat bayangkan bagai mana wajah Hijaz bila dia seusia Amniy sekarang.

Amniy..... Hijaz..... Amniy..... Hijaz....... Owh! Anak-anak umi dan abi!!!!! 





Dan ini gambar terbaru Hijaz. Baru minggu lepas saya ambil. Hijaz sangat-sangat suka bila nampak saya pegang kamera. Nampak je lampu kamera terarah ke muka dia, inilah ekspresi wajah yang dia sering tunjukkan.

Okey.....mari kita lihat bagaimana wajah Amniy sekarang. Sekarang usia Amniy 4 tahun. Adakah Hijaz akan serupa seperti Amniy 4 tahun akan datang?

Wallahu a`lam......



Ini Amniy Mahfuz....4 tahun. 
(Sangat suka tersengeh nampak gigi yang dah nak rosak tu)

10 comments:

  1. Ye lah, sangat serupa..saling tak tumpah. mungkin juga bila hijaz 4thn akan sama mcm abg dia, mcm anak2 saya pula semua lain2..;)

    ReplyDelete
  2. sungguh serupa kak fiza... saling tak tumpah...! hehe...

    ReplyDelete
  3. salam fiza...

    comey betul hijaz..semangat badan dia..dia minum susu apa?

    anak akak yg sulung dan yang keempat nie pun iras2 sama sewaktu kecil dulu.Sampai mulut potpet-potpet pn sama ehehe...

    ReplyDelete
  4. wah mcm kembar lain thn lerr...sama sungguh!

    ReplyDelete
  5. kenangan semua gambar2 tu..bila ada blog senang boleh letak gambar..untuk kenangan dan simpanan dikemudian hari..harap2 blog ini wujud sampai bila2...risau gak takut jadi mcm MIRC

    ReplyDelete
  6. Ammi Sara,
    mmg terkejut sgt bila tgk gambar ni. mmg dulu pun, ramai yg kata mereka berdua serupa, saya pun tak nafikan. tapi bila tgk gambar tu, sgt2 terharu.

    **************************************************************************
    lady,
    kan lady kan...
    hehehe

    **************************************************************************
    Mysdear,
    salam kak....
    hijaz mmg semangat. sama la dgn abg dia masa kecik dulu. setakat ni hijaz fully breastfeeding kak. belum campur FM lagi. susu masih byk, rezeki buat hijaz. tu yg terus BF tu.

    ***************************************************************************
    izwa,
    kembar lain tahun ek...hehe.
    sama kan?

    **************************************************************************
    nieda,
    betul tu nieda.
    eh MIRC tu apa yer....? tak tahu pulak, hehe....

    ReplyDelete
  7. aah, sama sangat..espcly tang mata, mulut nagn dagu yg tajam tu..

    ReplyDelete
  8. semua comel2...
    tang mata memang nampak sama sangat

    ReplyDelete
  9. betullah, rupe amniy & hijaz same jek mase kecik..takbleh nak beza mane hijaz mane amniy..

    pandai ek hijaz posing, comei..

    ReplyDelete
  10. amirah,
    tang dagu tu, ramai yg kata ikut dagu umi mereka ni. hehehe...tah la, sama ke tak pun saya tak tahu.

    **************************************************************************
    rizziela,
    comel ke? tq....
    :) :) :) :-) :-)
    hehe...lebar dah senyum tu.

    **********************************************************************
    rina,
    tu la kan rina kan....
    kalau tgk gambo mmg tak boleh nak beza.

    hijaz .... begitulah selalu bila nampak kamera.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....